Menurut laporan oleh Khazanah Research Institute (KRI), “Understanding the Landscape of Agrifood Smallholders in Malaysia: Climate Risks, Sustainable Standards, and Gender Gap”, kajian mendapati bahawa perubahan iklim merupakan salah satu daripada tiga cabaran utama yang dihadapi oleh pekebun kecil di Malaysia. Bagaimana faktor ini akan memberi kesan kepada pekebun kecil dan industri pertanian di Malaysia? Kupasan lanjut bersama Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Adzmi Hassan.